Khamis, 21 Ogos 2014

I love my best friend (Bab 5)



Selepas keluar dari kedai Drace menarik aku ke suatu tempat dan
''Selamat datang ke dunia permainan'' Drace cakap sambil enarik
aku masuk ke dalam arked game... ''Jom main game menembak,
nak?'' Drace mengajak aku bermain.. ''Okay'' Aku menerima
ajakan Drace... ''Ha!!! Aku tahu jom buat pertandingan...'' Tiba2
Drace beri cadangan... ''Pertandingan apa?'' Aku menjawab
malas.. Aku tahu mesti ada benda gila yang bermain di kepala dia
ni... ''Ala jangan la macam ni...'' Drace cakap dengan nada
merajuk... ''Okay, macam ni siapa menang boleh buat satu permintaan kepada orang yang kalah..'' Drace menyambung tapi kali ni dengan nada yang gembira... ''Kan betul apa yang aku pikir.. Dia mesti ingat dia akan menang dan buat permintaan yg aku pasti tak masuk akal dekat aku.. Aku akan pastikan rancang dia untuk kenakan aku kena pada dia balik!!! Muahahahaha!!!'' ''Wow ketawa cam orang gila ja.. hehehe '' ''Eh cam nenek kebayan la pulak.. ish senyum ja laaaa..'' Aku bercakap kepada diri aku sendiri... ''Hrmmmm, okay lah..'' Aku balas.. Drace senyum sambil menarik aku ke salah satu permainan menembak... ''Dah bersedia untuk kalah?'' Drace cakap sambil tersenyum mengejek dekat aku... Haha, senyum lah sementara kau boleh tersenyum!!!''Jom lah, tunggu apa lagi tadi beria-ia sangat..'' JOM!!!!'' Kami bermain lebih kurang 10 minit dan ''GAME OVER'' Tertera di skrin Drace... Aku ketawa... Hrmm, Tadi confident sangat..'' Aku menyindir Drace... Drace jelirkan lidah dekat aku... ''Ini baru sekali kita main, kita ada lagi dua kalilagi..'' ''Tadi kau tak cakap pon!!!!'' Aku membantah... ''Aku yang cadang pertandingan ni so peraturan pon aku yang buat..'' Drace tersenyum jahat... EEEEEEEEEEEE!!!! rasa cam nak koyak ja mulut dia, tak payah nak senyum dah!!!! ''Okay...'' Aku balas sebab aku dah menang tadi mesti aku boleh menang lagi dua kali kan... *SELEPAS LEBIH KURANG 15 MINIT..* ''Tak adil!!!!!'' Aku jerit... ''Eh, apa yang tak adilnya?'' Drace buat muka innocent dekat aku... ''Kau kalah that theresults..'' Drace ketawa puas.... Tak guna betul aku kalah dua kali berturut turut!!!!! Aku buat muka merajuk... ''Sekarang apa permintaan kau dekat aku?'' Aku balas... ''Hrmmm, nak suruh kau buat apa ye...'' Drace berfikr sambil meletakkan jari di dagunya... ''Suruh ja lah apa pon'' Aku balas menyuruh dia cepat, kalau dia fikir lagi lama lagi tak masuk akal lah benda yang dia suru aku buat.. Tiba2 Drace pandang aku dengan senyuman yang jahat... ''Aku nak kau kiss aku'' ''HAH????!!'' Cam nak jatuh rahang aku terkejut dengan apa yang Drace suruh aku buat... ''Serius lah Drace..'' Aku cakap, muka aku jadi merah dah macam buat tomato ja.. ''Aku serius lah'' Drace senyum tapi kali ni cuma senyum... ''Melainkan kau nak menari di hadapan orang ramai...'' kali ni Drace senyum jahat ''Yang tu lagi aku tak nak...'' Aku merayu dekat Drace.. ''Bagi lah benda yang aku sanggup buat..'' '' Kalau bagi benda yang kau sanggup buat baik tak payah buat pertandingan ni..'' Drace jawab sedih.. AHHH!!!! Tak boleh cam ni, aku tak sampai hati la pulak walaupun benda tu tak masuk akal... ''Ha!! Tapi aku nk kau kiss dekat...''Aku terus kiss dekat pipi Drace and cepat2 tarik dari terus kiss pipi dia sebelum dia sempat bagi tahu kat mana dia nak aku kiss.. Drace ni kadang2 boleh bagi cadangan yang gila buat dia sruh aku kiss dekat bibir cam na!!! Gila terus aku... haha... ''Nooo!!!'' Drace menjerit... ''Apa??'' Aku tanya.. ''Aku belum bagi tahu lagi dekat mana kau kena kiss, lagi sekali..'' ''Mana boleh, aku dah tunaikan pernmintaan kau so selesai lah.. Lagi pun salah kau jugak siapa suruh lambat sangat nk bagi tahu aku kat mana nak kiss... Aku cakap sambil ketawa.. ''Sampai hati kau buat aku macam ni'' Drace pura2 sedih.. Aku hanya jelirkan lidah dekat Drace sambil ketawa... ''HUH!! Tak nak kawan'' Drace pura2 merajuk... ''Alololo, jangan la merajuk nanti aku belanja makan..'' Aku memujuk.. ''Ha.. Kau sebut makan.. Kau lapar tak sebab aku dah kebulur ni..'' Drace balas sambil ketawa.. Aku pun ketawa sekali.. ''Jom pergi makan nanti mati pulak anak puan Harrod nie..Kami pergi makan dan Drace terus hantar aku balik... ''Bye Drace'' Sambil melambai dekat Drace.. ''Bye Lisa, jumpa esok dekat sekolah '' Drace membalas sambil melambai kepada aku.. Aku masuk dalam rumah dan terus menuju ke bilik... Aku mandi dan tukar ke baju and terus rebah atas katil kepenatan.... Aku pandang siling bilik aku dan teringat apa yang kami buat hari ni sungguh seronok dan agak memenatkan... Aku tesenyum.. ''Senyum sampai telinga nampak..'' Kakak aku mencelah... Kakak masuk ke dalam bilik aku dan duduk di hujung kati aku.. Aku masih baring tapi masih melihat kakak aku.. ''Seronok ja kak tengok.. Kau buat apa hari ni?'' Kakak bertanya... ''Mesti lah seronok!!! Hari ni Lisa hang out dengan Drace dekat mall..'' Aku balas dengan ceria... Kakak hanya ketawa.. ''Dah jatuh hati dekat Drace pulak ka?'' Kakak tanya bergurau.. Muka aku merah sebab aku teringat kejadian tadi.. ''Betul ka? Apa jadi?'' Kak semakin tertarik dengan apa aku buat hari ni sebab muka aku merah.. Aku cerita smua yang berlaku hari nie.. Kak ketawa bila aku habis cerita.. ''Kak rasa Drace suka Lisa lah..'' Aku hanya ketawa begitu jugak dengan kak... ''Okay lah, Lisa pergi la tidur mesti penat hari ni.. Bye bye.. Gudnite..'' Kak menyambung.. ''Bye.. Gudnite too..'' Aku membalas.. ''Harap mimpi tentang Drace ya... Hahaha'' Kak mengejek.. ''KAK!!'' Kak lari keluar and tutup pintu... Aku hanya senyum... Hari ni aku tertidur dengan senyuman terukir d wajahku..............................................................

Jumaat, 6 Jun 2014

I Love my bestfriend (bab 4)





Selepas sekolah aku berjalan pulang secara bersendirian.. Kadang - kadang  aku suka menikmati masa bersendirian.. Dalam perjalanan pulang aku akan melalui tasik.. pemandangan tasik tersebut sangat cantik, sunyi , tenang dan aku hanya boleh mendengar bunyi angin bertiup... Bila aku sudah sampai ke rumah aku masuk tapi aku tak nampak kelibat kakak di mana- mana pun.. Mesti dia juga keluar dengan kawan dia.. Tak de lah nanti dia merengek bila aku keluar dengan kawan dan terpaksa tinggal dia bersendirian di rumah sebab ibu balik ke rumah pada pukul 6..  Aku naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik aku.. Aku masuk ke bilik air, mandi , pakai pakaian baru dan pakai sedikit make- up.. Aku turun ke ruang tamu, hidupkan tv dan duduk di sofa.. Aku menonton cerita di saluran FOX sementara menunggu Drace datang jemput aku.. Lebih kurang sejam aku menungu aku dengar loceng rumahku berbunyi.. Itu pasti Drace aku bekata dalam hati.. Aku matikan tv , ambil jaket dan terus membuka pintu supaya tidak membuat Drace tertunggu- tunggu.. ''Hai Drace'' Aku menyapa.. ''ohh, hey Lisa, lama ke kau tunggu?'' Drace membalas.. '' Tak lama pun'' ... ''Okay jom!!'' Sambil Drace menarik tanganku ke kereta.. Drace memandu ke suatu tempat.. ''Kita nak pergi mana?'' Aku tanya kerana sewaktu dekat sekolah aku terlupa untuk bertanya kepada dia.. ''Kita pergi mall okay tak?'' Drace balas.. ''Aku tak kesah asalkan tak membosankan'' Aku senyum dekat Drace.. Kami sampai ke mall dan Drace parking kereta di tempat letak kereta dan kami masuk bersama.. Kami naik lif dan bila sampai ke tingkat 2 kami keluar.. ''Kita nak buat apa hari nie?'' Aku tanya.. ''Kita shopping, main game makan dan apa- apa yang nampak menarik, okay tak? Drace tanya pendapat aku.. '' Asalkan kau belanja..'' Aku tersenyum sinis.. '' No problem, my lady'' Sambil membongkokkan sedikit tubuhnya.. Aku hanya ketawa.. ''Aku serius nak belanja kau sebab kau nak teman aku have fun hari nie..'' ''Aku gurau je lh.. Lagi pun bukannya aku tak de duit..'' Aku balas.. '' Tak kira aku tetap nak belanja kau jugak..'' Sambil dia jelirkan lidahnya dekat aku.. Aku ketawa melihat gelagat Drace.. ''Macam budak- budak je aku tengok kau nie..'' Aku kata sambil menampar lembut lengan Drace.. ''Auch!!!  Sakit tau'' Sambil berpura- pura mengusap lengan dia..'' Eleh, pondan.. Aku mana ada tampar kau kuat sangat.'' Aku menyindir.. ''Kau tu Hulk memang la kau rasa perlahan, tapi aku nie manusia biasa, rasa macam nak patah ja tulang aku dipukul oleh kau..'' Drace menyindir aku semula.. '' Cuma kau tak warna hijau je..'' Drace menyambung lagi.. Aku terus tampar dia berulang kali dengan lebih kuat sebab geram dengan sindiran dia tapi dia hanya ketawa semakin lama semakin kuat, lagi la buat aku geram.. Tapi kemudian aku sedar gelagat kami sedang di perhatikan oleh sesetengah orang yang lalu lalang di situ.. Baru aku tahu kenapa Drace makin lama makin kuat dia ketawa..Aku terus berhenti dari terus menampar Drace kerana malu diperhatikan oleh orang.. Aku terus menarik Drace untuk pergi dari situ dan Drace tak henti ketawa dari tadi.. Kemudian Drace mangajak aku masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual aksesori.. Kami masuk dan Drace menarik tangan aku ke bahagian topi.. Aku dan Drace melihat topi2 yang ada dan ada satu topi yang aku rasa sesuai untuk Drace, aku ambil dan letakkan ke atas kepala Drace dan terus mnarik dia ke hadapan cermin.. ''Cantik tak topi nie?'' Aku tanya pendapat Drace.. ''Wow, cantik, pandai kau pilih..'' Drace memuji sambil menggayakan topi tu di hadapan cermin.. Aku senyum melihat Drace suka dengan pilihan aku.. Kemudian aku lihat dia seperti tercari sesuatu.. Kemudian dia ambil satu topi dan berjalan ke arah aku dan letakkan topi tu di atas kepala aku dan tolak aku ke hadapan cermin.. '' Topi yang nie sesuai untuk kau..'' Drace kata.. ''Hrmmm , not bad..'' Aku kata sambil melihat cermin.. ''Huh, not bad je?'' Drace balas sambil pandang aku melalui cermin.. Aku ketawa.. ''Gurau je, pandai kau pilih aku suka topi nie..'' Aku balas.. ''Tengok la siapa yang pilih..'' Dia berbangga.. ''Eleh..'' Drace ketawa.. ''Tapi topi apa pun kalau kau pakai mesti cantik..'' Pipi aku menjadi merah mendengar pujian Drace.. '' Ada apa- apa ke tiba- tiba puji aku nie?'' Aku balas untuk menutup rasa malu.. ''Tak baik buruk sangka, aku puji kau ikhlas..'' Dia balas dengan senyuman yang ikhlas.. ''Tapi aku tengok topi nie sama macam yang aku pilih untuk kau, cuma warna ja lain, macam........'' '' topi couple..'' Drace mencelah.. Pipi aku menjadi merah lagi mendengar apa yang dia cakap.. Drace menarik aku ke kaunter untuk membayar topi nie.. ''Tak perlu plastik kami nak pakai terus topi tu dan boleh tolong buangkan tanda harga tak?'' Drace cakap kepada pekedai tu.. ''Baiklah, tak de masalah..'' Pekedai tu balas dengan senyuma yang mempunyai makna cuma aku ja tak faham.. Drace ambil topi tu dan letakkan ke atas kepala aku.. Aku senyum ja..                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   

Isnin, 2 Jun 2014

I Love my bestfriend (bab 3)




Drace Harrod --------->


Drace pov

Aku dan Danny berjalan menuju ke kelas.. Kami masuk dan duduk di meja yang kami selalu duduk..Guru masuk dan mengajar tapi aku tak dapat beri perhatian, minda aku hanya teringatkan Lisa saja.. Aku tahu Lisa sedikit kecewa Zaff tak pergi bersama dan aku juga tahu Lisa sangat cintakan Zaff tapi itu akan membuat dia hanya terluka kerana dia tak boleh miliki Zaff dan dia sendiri tahu tentang kenyataan tu.. Aku akan pastikan suatu hari nanti Lisa berhenti cintakan Zaff dan mula belajar mencintai aku.. Aku akan pastikan!!!  '' Kau nie kenapa tiba2 ja senyum?  Happy smpai dah tak betul ka?'' Danny tengok aku pelik dan lepas beberapa saat dia ketawa.. '' Kau tu yang tak betul tiba2 ja ketawa, aku senyum ja..''Aku balas dengan senyuman.. Danny hanya ketawa dan kemudian dia pandang aku serius.. '' Cepat2 la bagi Lisa 2 jatuh cinta kat kau, sedih juga aku tengok dia terluka tengok Anna dan Zaff..'' Danny hanya senyum.. '' Kau tu pulak tak nak luahkan perasaan kau kat Selena ka..'' Aku cuba ceriakan suasana.. '' Kau nk aku luahkan ap?  Aku tak dak benda nak luah kat dia.'' Danny jawab dengan muka selambe ja.. '' Abaikan ja ego kau yang tinggi mengalahkan gunung tu, nanti Selena dah dimiliki orang menangis ari mata darah pon dah tak guna.. Sementara dia single lagi baik kau amik peluang  nie..'' Danny hanya menutup telinga berpura- pura tak dengar apa yang aku cakap tadi.. Aku hanya tersenyum melihat gelagat Danny yang macam budak- budak tu.. Wahhh!!! Tak sabarnya rasa boleh luangkan masa bersendirian bersama Lisa lepas sekolah nie.. Bukan selalu dapat peluang macam nie... HEHE..

Sabtu, 31 Mei 2014

I Love my bestfriend (bab 2)



Anna Raymon -------->


Tapi....Aku terpaku melihat Anna dan Zaf bercumbu. Tiba2 hatiku rasa sakit yang teramat sngat.. Hatiku rasa seperti ditusuk berulang ulang kali tanpa rasa belas kasihan.. Aku cintakan Zaf, tapi Anna adalah kawan baik aku sejak kecil lagi.. Aku tak sanggup nak menkhianati dia, lagi pun Zaf gembira bersama Anna.. Jadi nak buat apa aku hancurkan kebahagiaan Zaf dengan Anna.. Aku terus menoleh ke hadapan dan cuba beri perhatian kepada apa yang diajar oleh guru untuk mengendahkan rasa sakit nie.. '' Mr Malik, miss Raymon berhenti pamerkan cinta kamu di dalam kelas.. Cuba beri perhatian dengan apa yang saya ajar ni..'' Cikgu Mark bersuara.. Aku lihat Anna dan Zaf malu apabila diteguh cikgu Mark.. Aku ketawa melihat mereka, padahal hatiku sangat sakit melihat kebahagiaan mereka..


(Skip ke waktu makan tengah hari)


Aku , Anna dan Zaf keluar dari kelas dan menuju ke kafeteria.. Aku lihat sepanjang berjalan menuju ke kafeteria Anna hanya berpaut pada Zaf saja.. Aku terasa sedikit cemburu tapi endahkan saja.. Kami beratur dan mengambil makanan dan terus menuju ke meja yang kami selalu duduk bersama 3 orang lain kawan kami yang lain.. '' Hai'' Aku ucapkan kepada Drace, Selena dan Danny... '' Hai'' mereka bertiga balas serentak.. Aku duduk dan di sebelah kanaku ada Drace dan Danny manakala di hadapanku ada Selena dan disebelah kanan Selena ada Anna dan Drace.. Kami berborak, ketawa sambil makan.. Aku sangat suka waktu ni kerana kami dapat berkumpul dan have fun.. '' Korang nak keluar tak lepas sekolah hari nie?'' Drace tanya.. '' Aku boleh ja.'' Aku jawab.. '' Aku dan Danny tak boleh, kami ada projek yang perlu siap hari nie.'' Selena jawab.. Aku pun tak boleh, aku kena ikut ibu bapa aku melawat makcik aku, dia sakit.'' Anna pula berkata.. '' Anna tak pergi, aku pun tak pergi.'' Zaf mencelah.. '' kalau baby nak pergi, pergilah sayang tak kesah.'' Anna berkata kepada Zaf. '' Baby tak nk, kalau sayang tak da nanti tak best.'' Zaf balas.. Aku sedikit kecewa Zaf tak pergi.. ''Okay ke kalau kita dua ja keluar?'' Drace tanya aku.. '' Kenapa tak okay pula?'' Aku tanya dengan hairan.. '' ya lah, munkin awk nak pergi berkumpulan.'' Aku geleng.. '' Aku tak kesah, lepas sekolah aku tak da apa nak buat, klau tak keluar bosan lah..'' Aku jawab.. ''Okay'' Drace jawab dengan gembira.. Aku perasan ada mata yang sedang melihat kami.. ''yang kau senyum sambil tengok aku pelik nie kenapa? Seram ja aku tengok..'' Aku berkata sambil melihat Selena.. '' Mana ada aku senyum sambil tengok kau, aku tengah menanis tengok kau.'' Sambil berpura - pura menangis.. Aku hanya tersenyum melihat gelagat Selena.. Aku dengar loceng berbunyi dan aku mengajak Selena ke kelas yang seterusnya.. ''Bye bye'' Aku dan Selena cakap serentak.. '' bye..'' mereka balas.. ''Jumpa nanti'' Drace berkata kepadaku.. '' yup, jumpa nanti'' Aku balas.. Aku dan Selena berjalan menuju ke kelas..

I Love my bestfriend (bab 1)

                                                                                                                                                                                Lisa------>                                                                                                                                                                                                                                                                                           'Lisa bangun sayang..''Aku dengar ibuku panggil.. '' Lagi 5 minit'' Aku  balas.. '' bangun sekarang kalau kamu tak nak berjalan ke sekolah..'' sambil menggoncang tubuhku agar bangun.. ''ok2 Lisa dah bangun..'' Aku berjalan menuju ke bilik air. bila aku sudah siap mandi aku kenakan seluar hitam' t-shirt berwarna biru gelap , bedak dan sedikit maskara dan aku sudah siap.Aku bukannya jenis yang suka tempek macam2 kat muka aku nie. eee fikirkan ja dh buat aku lemas.. Bila aku dah siap aku terus menuruni tangga dan menuju ke dapur dimana ibu dan kakakku  ,Joan berada. ''Selamat pagi ibu .. Joan.'' aku ucapkan kepada mereka.. ''Selamat pagi.'' mereka balas.. ''Mana ayah?'' aku bertanya sambil menarik kerusi untuk duduk.. ''Dia sudah pergi kerja awal pagi tadi.'' Raut wajah ibu berubah sedikit sedih manakala Joan hanya berdiam diri.. Aku sedikit menyesal menanyakan soalan itu.. Aku tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan ayah kerana aku jarang dapat melihat dia di rumah. Dia pergi kerja di awal pagi dan balik di tengah malam.. ''Cepat habiskan makanan tu nanti kamu berdua lambat.'' ibu berkata sambil mengambil kunci dan berjalan menuju ke kereta.. Aku dan Joan cepat2 habiskan makanan dan menuruti ibu ke kereta. Ibu hidupkan kereta an memandu ke sekolah..                     

*SEKOLAH*


Aku berjalan menuju ke lokar ku, langkahku menjadi lebih pantas apabila loceng berbunyi. Aku membuka lokar meletakkan beg, mengambil buku dan terus berlari menuju ke kelas..Dlm keadaan tercungap- cungap aku membuka pintu dan masuk tetapi aku masih tak nampak kelibat guru dlm kelas.. ''Nasib baik sempat.'' '' Ya hari nie kamu bernasib baik, kamu awal 1 saat dari sya.'' ''WAH!'' Aku menjerit kerana ada suara di belakangku scara tiba2.. Aku menoleh ke belakang untuk melihat milik siapa suara yg garau tu.. Owh rupanya cikgu Mark.. Aku menoleh ke hadapan semula dan mendapati banyak mata yang melihatku. Baru aku sedar aku menjerit dengan agak kuat tadi..'' Sekarang pergi ke tempat duduk kamu miss Zayn..'' (itu nama keluargaku) .. Cikgu Mark berkata.. Aku terus menuju ke tempat yang aku selalu duduk bersama Anna dan Zaf.. ''Hai'' Aku ucapkan pada mereka sambil menarik kerusi untuk duduk.. ''Hai'' Anna balas.. ''Lambat kau hari nie'' Zaf berkata .. '' Aku bangun lambat tdi..'' Aku balas...... Kelas berjalan dengan teramat perlahan, atau cuma aku ja yang rasa perlahan.. Aku menoleh ke kanan untuk berborak dengan Anna dan Zaf tapi...